Selepas Warung Makan Sahabat dimulakan dan mendapat kejayaan, Rumah Didik Sahabat ditubuhkan bagi meneruskan agenda mendidik masyarakat setempat yang terdiri daripada sahabat jalanan (gelandangan), golongan asnaf, muallaf dan kanak-kanak yang terbiar.
Sebelum tertubuhnya RDS, kami menggunakan rumah Makwan sebagai lokasi dan tempat pembelajaran. Pada ketika itu, kami hanya fokus kepada pendidikan Solat dengan harapan mereka akan mengubah hidup mereka apabila mereka menjaga Solat. Alhamdulillah ia memberi kesan kepada ibu-ibu yang sering hadir ke kelas agama yang pihak kami jalankan.